Hukum

HUKUM BERKAITAN BARANG JUALAN 
Rujukan ~ http://www.al-bakriah.com.my/

Lima Syarat Bagi Barang Yang Dijual & Harga

1. Hendaklah keduanya suci.
2. Ada manfaat pada keduanya
3. Barang yang dijual dan harga dapat diserahkan.
4. Barang yang dijual dimiliki oleh penjual dan harga dimiliki oleh pembeli.
5. Barang yang dijual dan harga diketahui oleh penjual dan pembeli.
.

Jual Beli Salam/Tempahan

Wajib mesifat seperti sifat jual salam (jual sesuatu dengan cara tempah) pada barang yang tidak ada semasa akad jual beli berlagsong. Akad ini termasuk dalam jual beli bukan jual salam kerana mengikut pada lafaz jual beli. Oleh itu tidak disyaratkan menyerahkan harga sebelum berpisah penjual dan pembeli, adapun jual salam disyaratkan menyerah harga sebelum berpisah keduanya.


RIBA, DUIT KERTAS & HUKUM JUAL BELIA EMAS PERAK
Rujukan ~ http://umaralfateh.wordpress.com/

Hukum Jual Beli Emas

Dari AlBarra bin Azib dan Zaid bin arqam , keduanya berkata , ” Kami adalah dua orang pedagang pada maza rasulullah sollahu alaihi wassallam. Pada suatu ketika kami bertanya keapda Rasulullah sollallhu alaihi wasallam perihal sorf (tukar barang /jual beli/pengurup wang).
Sabda baginda ” Jika dilakukan tangan dengan tangan (tunai / cash/ serah terima waktu yang sama) , tidak mengapa (boleh), dan jika dilakukan dengan tidak tunai, tidak baik.


Dari Abu Said alKhudri radiallahu anhu katanya, ” Dinar dengan dinar dan dirham dengan dirham. Dikatakan orang kepadanya bahwa Ibnu Abbas tidak ada mengatakan seperti itu.

Kata Abu Said ” Telah kutanyakan kepadanya. Tanyaku ” Apakah engkau dengar dari nabi sollallhu alaihi wasallam ataukah engkau dapati dalam kitab Allah?”

Jawab Ibnu Abbas , ” yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripadaku tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda ” Tidak ada riba melainkan pada yang nasiah (bertangguh bayaran/melewatkan).(hadis Bukhari , jilid 2 , hadis no 1071)


Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafi dari Abu Said alkhudri bahawa utusan Allah, selawat dan salam ke atas baginda, bersabda : Jangan jual emas dnegan emas melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak dengan perak melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual sesuatu yang tiadaada di situ dengan sesuatu yang ada.(Bukhari 2068)

Dari hadis-hadis yang dibincangkan, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan ketika berurusan dengan emas dan perak.

1 – Perlu cash/ tangan dengan tangan/ tunai.

2 – Jika emas tukar dengan emas – perlu sama berat dan tunai.

3 – Jika perak tukar dengan perak – perlu sama berat dan tunai.

4 – Jika tukar emas dengan perak – tunai / tiada penangguhan.

5 – Tidak boleh ditangguhkan/dilewatkan pembayaran.

6 – Jual beli emas dan perak tidak boleh secara berhutang.


Tempahan Emas Perak

i- Pembeli Z ingin membeli emas dari penjual A. Penjual A meminta pembeli Z agar kunci harga dengan membayar dahulu. Kemudian, barang akan diposkan.

Apa yang terjadi adalah, penjual A ketika mendapat duit yang sudah di bank-in kan kepadanya, emas yang diminta sebenarnya tiada di tangan penjual A. Penjual A mengambil duit yang dibank in tersebut, dan membeli emas dari penjual B, kerana stok barang biasa di rujuk pada penjual B.

Di sini kita melihat, penjual A sebenarnya menjual apa yang tiada padanya. Ini bukan jual beli, ini menipu dalam jual beli. Sepatutnya A perlu jujur beritahu, bahawa emas tiada di tangannya, dan dia menjadi wakil bagi pembeli Z untuk mendapatkan barang dari penjual B.